Wednesday 11 June 2014

DIY Honda City Mugen Door Visor

 

Ni merupakan kali pertama menambah sedikit aksesori kereta sejak dibeli beberapa bulan yang lalu.. kebetulan minggu lepas ke Jalan Pasar KL untuk mencari spare part barangan elektronik.. tetiba terjumpa pulak satu kedai menjual aksesori kereta.

Macam biasalah bila dah jumpa kedai aksesori tak sah kalau tak masuk cuci matakan.. bila dah cuci mata ada pulak yang berkenan di hati… nafsu-nafsu.. hehehe.. jadinya termakanlah racun diri sendiri dengan beli satu set aksesori door visor.

Honda City ni memang didatang tanpa aksesori door visor.. nak beli direct dengan Service Center boleh tahan mahalnya.. so belilah jelah dekat kedai after market.. janji boleh pakaikan..

Bukan apa kekadang klau hujan nak turunkan tingkap.. tanpa door visor ni air masuk dalam kereta… kalau ada door visor ni adalah juga benda boleh halang sikit.

-------- Sebelum DIY door visor ---------

DIY door visor honda city 1

DIY door visor honda city 2

-------- Selepas DIY door visor ---------

DIY door visor honda city 4

DIY door visor honda city 3

Insyallah lepas ni akan ada lagi DIY aksesori lain pulak.. :-)

0 comments:

Post a Comment