Tuesday 29 April 2014

Bila Lampu Indicator Minyak Menyala


Sejak hampir 3 bulan menggunakan Honda City ni.. minggu lepas buat pertama kalinya meter yang membuat anggaran penggunaan minyak menunjukkan nilai 0.. jadinya disebabkan aku ni pengguna baru bagi model city ni aku bertanyalah di FB group Honda City Club tentang pengalaman mereka jika meter anggaran minyak menyala.. berapa KM lagi kereta boleh bergerak..









Kebanyakkan dari rakan-rakan yang yang menggunakan honda city ni mengatakan boleh pergi lagi dalam 40km - 70km.. tetapi kena awas.. andainya minyak habis dalam tangki ini akan menyebabkan fuel pump boleh menjadi rosak..

Jadinya kalau lampu tu dah menyala ada baiknya cepat-cepat cari petrol pump untuk isi minyak.. walaupun biasanya kalau dah menyala dalam tangki masih ada 9-10 liter lagi..

Thursday 17 April 2014

Kos Service Honda City Untuk 5000KM


Assalamualaikum, 


Pejam celik dah hampir 2 bulan kereta putih-putih melati ni ditangan dan sepanjang 2 bulan ni dah 2 kali berkunjung ke pusat service Honda. Kunjungan pertama bulan lepas sebab nak check untuk 1000km masa tu tiada sebarang kos dikenakan dan kebetulan labour pun aku dapat pakej free selama 5 tahun atau 100000km.. so sampai 100000km tu memang labour untuk kereta putih tu free.



Tapi untuk kunjungan kali kedua ni di pusat service yang sama iaitu G-Mart Autoworld Sdn. Bhd di Setapak kali ini dah kena bayaran untuk sparepart.. untuk kos service 5000km ni kos yang dikenakan adalah sebanyak RM137 sahaja.


Alhamdulillah tak sampai satu jam kereta di service dah siap.. layanan pun agak memuaskan dan ada perkhidmatan WiFi percuma, so pelanggan yang datang ni tak boringlah menungu.

Insyallah next service untuk 10,000km akan dihantar ke tempat yang sama lagi.