Thursday 19 June 2014

Kos Service Honda City Untuk 10000KM

 

Sekejab betul dah sampai lagi 10000KM, mana tidaknya nak dikatakan setiap bulan balik kampung Utara & Selatan.. :-).. Belajar dari pengalaman yang lalu masa masa buat service kedua 5000km yang mana masa tu setuju bulat2 je apa yang perlu ditukar masa service tu..

Sekarang tidak lagi.. kali ni aku potong benda yang rasa taknak tambah masa buat service tu.. kira dapat jimatkan kos servise

kos service honda city 10k_1

Kalau ikutkan jadual service yang dibekalkan oleh website Honda, service untuk 10000km ni benda yang kena tukar hanya Engine oil + drain plug washer dengan Oil filter sahaja.. tapi masa dekat SC dia orang buat tambahan item dengan memasukkan Engine Cleaner.

Selepas membuat kajian dan pertanyaan dari rakan-rakan forum kelab Honda City ada yang mengatakan Engine Cleaner ni hanya option sahaja boleh ambil atau tidak.. so untuk kali ni aku cakap dengan staff di SC tu yang aku tak nak ambil Engine Cleaner ni. lagipun masa buat   service 5000km tu dah ambil engine cleaner tu..

Harga untuk engine cleaner ni after diskaun RM35.90.. kalau dah tolak item ni so dah jimat banyak juga duit.

kos service honda city 10k_2

Kos service untuk kali ni hanya perlu bayar RM101.45 sahaja.. aku sempat tanya staff SC tu.. kalau service akan datang 15000 harga berapa? dia orang cakap sama mcm 5000 dengan 10000 punya harga.. yang akan mahal nanti time service 20000km..

Kepada kekawan yang nak gi service kereta baru tu.. kalau nak jimat korang boleh tolak item yang difikirkan tak perlu.. Sekarang ni kalauboleh semua benda kena berjimat.. :-)

Wednesday 11 June 2014

DIY Honda City Mugen Door Visor

 

Ni merupakan kali pertama menambah sedikit aksesori kereta sejak dibeli beberapa bulan yang lalu.. kebetulan minggu lepas ke Jalan Pasar KL untuk mencari spare part barangan elektronik.. tetiba terjumpa pulak satu kedai menjual aksesori kereta.

Macam biasalah bila dah jumpa kedai aksesori tak sah kalau tak masuk cuci matakan.. bila dah cuci mata ada pulak yang berkenan di hati… nafsu-nafsu.. hehehe.. jadinya termakanlah racun diri sendiri dengan beli satu set aksesori door visor.

Honda City ni memang didatang tanpa aksesori door visor.. nak beli direct dengan Service Center boleh tahan mahalnya.. so belilah jelah dekat kedai after market.. janji boleh pakaikan..

Bukan apa kekadang klau hujan nak turunkan tingkap.. tanpa door visor ni air masuk dalam kereta… kalau ada door visor ni adalah juga benda boleh halang sikit.

-------- Sebelum DIY door visor ---------

DIY door visor honda city 1

DIY door visor honda city 2

-------- Selepas DIY door visor ---------

DIY door visor honda city 4

DIY door visor honda city 3

Insyallah lepas ni akan ada lagi DIY aksesori lain pulak.. :-)