Friday 18 March 2016

Service 70000km + Replace Magnetic Clutch Aircond

Alhamdulillah setelah penantian lebih sebulan.. akhirnya kami berjaya dapat claim warranty untuk part aircond yang ada masalah sejak beberapa bulan lepas..

Kalau tidak.. kos tukar Magnetic Clutch aircond memcecah rm2000.. huhu.. berpeluh nak cari duit bayar tu..

Hope lepas tukar ni takda masalah lagi...

Tq Honda Service Center The Millennium Auto yang banyak membantu dalam urusan claim warranty..

posted from Bloggeroid

Saturday 16 January 2016

Maintenance Service 65,000km

Pejam celik dah nak masuk 2 tahun pakai cik Honda ni.. bulan depan dah kena renew lagi roadtax dengan insurans... selamatlah dah buat transfer NCD dengan kereta lama.. so dapatlah NCD sekarang 55%..

Berbalik dekat maintenance service.. sepatutnya keta kena service time 60,000km tapi disebabkan dah terlajak sampai 64,000km.. jadinya terus kena service yang ke 65,000km... katanya kalau nak ambik service 60,000km nanti labour kena charge... so takpelah ambik jelah service yang 65,000km tu.. kos keseluruhan rm498.00 ...

Lepas ni rasa selamat sikit nak balik kampung bila kereta dah service.. sebab kami jenis rajin balik kampung ke utara dan selatan..

posted from Bloggeroid

Thursday 19 June 2014

Kos Service Honda City Untuk 10000KM

 

Sekejab betul dah sampai lagi 10000KM, mana tidaknya nak dikatakan setiap bulan balik kampung Utara & Selatan.. :-).. Belajar dari pengalaman yang lalu masa masa buat service kedua 5000km yang mana masa tu setuju bulat2 je apa yang perlu ditukar masa service tu..

Sekarang tidak lagi.. kali ni aku potong benda yang rasa taknak tambah masa buat service tu.. kira dapat jimatkan kos servise

kos service honda city 10k_1

Kalau ikutkan jadual service yang dibekalkan oleh website Honda, service untuk 10000km ni benda yang kena tukar hanya Engine oil + drain plug washer dengan Oil filter sahaja.. tapi masa dekat SC dia orang buat tambahan item dengan memasukkan Engine Cleaner.

Selepas membuat kajian dan pertanyaan dari rakan-rakan forum kelab Honda City ada yang mengatakan Engine Cleaner ni hanya option sahaja boleh ambil atau tidak.. so untuk kali ni aku cakap dengan staff di SC tu yang aku tak nak ambil Engine Cleaner ni. lagipun masa buat   service 5000km tu dah ambil engine cleaner tu..

Harga untuk engine cleaner ni after diskaun RM35.90.. kalau dah tolak item ni so dah jimat banyak juga duit.

kos service honda city 10k_2

Kos service untuk kali ni hanya perlu bayar RM101.45 sahaja.. aku sempat tanya staff SC tu.. kalau service akan datang 15000 harga berapa? dia orang cakap sama mcm 5000 dengan 10000 punya harga.. yang akan mahal nanti time service 20000km..

Kepada kekawan yang nak gi service kereta baru tu.. kalau nak jimat korang boleh tolak item yang difikirkan tak perlu.. Sekarang ni kalauboleh semua benda kena berjimat.. :-)

Wednesday 11 June 2014

DIY Honda City Mugen Door Visor

 

Ni merupakan kali pertama menambah sedikit aksesori kereta sejak dibeli beberapa bulan yang lalu.. kebetulan minggu lepas ke Jalan Pasar KL untuk mencari spare part barangan elektronik.. tetiba terjumpa pulak satu kedai menjual aksesori kereta.

Macam biasalah bila dah jumpa kedai aksesori tak sah kalau tak masuk cuci matakan.. bila dah cuci mata ada pulak yang berkenan di hati… nafsu-nafsu.. hehehe.. jadinya termakanlah racun diri sendiri dengan beli satu set aksesori door visor.

Honda City ni memang didatang tanpa aksesori door visor.. nak beli direct dengan Service Center boleh tahan mahalnya.. so belilah jelah dekat kedai after market.. janji boleh pakaikan..

Bukan apa kekadang klau hujan nak turunkan tingkap.. tanpa door visor ni air masuk dalam kereta… kalau ada door visor ni adalah juga benda boleh halang sikit.

-------- Sebelum DIY door visor ---------

DIY door visor honda city 1

DIY door visor honda city 2

-------- Selepas DIY door visor ---------

DIY door visor honda city 4

DIY door visor honda city 3

Insyallah lepas ni akan ada lagi DIY aksesori lain pulak.. :-)

Tuesday 29 April 2014

Bila Lampu Indicator Minyak Menyala


Sejak hampir 3 bulan menggunakan Honda City ni.. minggu lepas buat pertama kalinya meter yang membuat anggaran penggunaan minyak menunjukkan nilai 0.. jadinya disebabkan aku ni pengguna baru bagi model city ni aku bertanyalah di FB group Honda City Club tentang pengalaman mereka jika meter anggaran minyak menyala.. berapa KM lagi kereta boleh bergerak..









Kebanyakkan dari rakan-rakan yang yang menggunakan honda city ni mengatakan boleh pergi lagi dalam 40km - 70km.. tetapi kena awas.. andainya minyak habis dalam tangki ini akan menyebabkan fuel pump boleh menjadi rosak..

Jadinya kalau lampu tu dah menyala ada baiknya cepat-cepat cari petrol pump untuk isi minyak.. walaupun biasanya kalau dah menyala dalam tangki masih ada 9-10 liter lagi..

Thursday 17 April 2014

Kos Service Honda City Untuk 5000KM


Assalamualaikum, 


Pejam celik dah hampir 2 bulan kereta putih-putih melati ni ditangan dan sepanjang 2 bulan ni dah 2 kali berkunjung ke pusat service Honda. Kunjungan pertama bulan lepas sebab nak check untuk 1000km masa tu tiada sebarang kos dikenakan dan kebetulan labour pun aku dapat pakej free selama 5 tahun atau 100000km.. so sampai 100000km tu memang labour untuk kereta putih tu free.



Tapi untuk kunjungan kali kedua ni di pusat service yang sama iaitu G-Mart Autoworld Sdn. Bhd di Setapak kali ini dah kena bayaran untuk sparepart.. untuk kos service 5000km ni kos yang dikenakan adalah sebanyak RM137 sahaja.


Alhamdulillah tak sampai satu jam kereta di service dah siap.. layanan pun agak memuaskan dan ada perkhidmatan WiFi percuma, so pelanggan yang datang ni tak boringlah menungu.

Insyallah next service untuk 10,000km akan dihantar ke tempat yang sama lagi.

Saturday 1 March 2014

Baru 5 hari Dah 1000KM

 

Honda City Hari ketujuh 3

Hebat tak hebat kami ronda.. baru 5 hari kereta dekat tangan dah 1000km.. kalau ikutkan dah kena gi pusat service center ni..

Honda City Hari ketujuh 2

Jom kita hantar cik city kita ke pusat service center yang berdekatan bila sampai KL nanti