Friday 28 February 2014

Honda City Sampai Di Kampung - Johor

 

Alhamdulillah selamat sampai sudah ke kampung cik city wan kembang ni.. sampai-sampai semua adik beradik terperanjat sebab memang tiada sorang pun kami maklumkan dekat kampung yang kami tukar kereta baru..

Semoga dengan kehadiran kereta baru ni dapat memudahkan kami sekeluarga untuk pulang ke kampung.. lagi pun kali ni ruangan bonet lebih luas dari kereta sebelumnya.. memang itu matlamat utama kami upgrade kereta..

Honda City Hari kelima 1

Honda City Hari kelima 2

Honda City Hari kelima 3

Honda City Hari kelima 4

Honda City Hari kelima 5

Honda City Hari kelima 6

Honda City Hari kelima 7

Honda City Hari kelima 8

Honda City Hari kelima 9

Honda City Hari kelima 10

Honda City Hari kelima 11

Honda City Hari kelima 12

Honda City Hari kelima 13

Selepas ni kita terjah jambatan Pulau Pinang ke-2 pulak untuk balik ke kampung cik isteri..

Thursday 27 February 2014

Hari Ke-4 Di Tangan

 

 Honda City Hari keempat 2

Pandangan dari dalam.. adjust volume semua dekat stereng je..

Honda City Hari keempat 1

Jom kita semak mana lagi jimat myvi atau honda city.. sebab size tangki minyak sama sahaja 40 liter

Wednesday 26 February 2014

Akhirnya Kita Berpisah Jua… Sedihnya

 

Lumrah kehidupan setiap yang wujud pasti akan pergi satu hari nanti.. begitu juga dengan kereta pertama aku 2480 ni.. akhirnya aku akur melepaskan pergi..

Mungkin kalau ada jodoh satu hari kita akan bersua lagi…

Honda City Hari ketiga 1

Selamat datang 2480 putih.. selamat tinggal 2480 hitam… huhu sedihnya nak tinggalkan di sini..

Honda City Hari ketiga 2

Honda City Hari ketiga 3

Jasamu selama ini akan ku kenangan sampai ke mati…

Tuesday 25 February 2014

Sesekali Jadi Penumpang

 

Rupanya best juga jadi penumpang dekat belakang ni.. kalau sebelum ni jadi driver.. kali ni kita dah ada 2nd driver untuk balik kampung.. tengok tengok boleh lulus tak bawa kereta dekat tengah-tengah bandar ni.. hehehe

Honda City Hari kedua 1

Honda City Hari kedua 3

Honda City Hari kedua 4

Dibantu dengan penumpang cilik yang tak reti diam dalam kereta.. hehehe

Honda City Hari kedua 5

Bila mau buka ini plastik ni.. hehehe

Monday 24 February 2014

Honda City 2012 Akhirnya Sah Menjadi Milik Kami

 

Setelah hampir 2 bulan menanti dengan dua kali menandatangani surat perjanjian pinjaman gara-gara bertukar dealer.. akhirnya tanggal 24hb Februari 2014 kunci telah diterima ditangan dan menandakan si dia sah menjadi milik kami sekeluarga..

Orang yang paling gembira mendengar khabar berita tu adalah cik isteri kerana kereta idamannya selama ini telah berjaya dimiliki.

Honda City Hari Pertama 4

Dua kunci ini menjadi bukti si dia milik kami sekeluarga… so satu kunci cik isteri pegang dan satu lagi aku pegang.. hehehe

Honda City Hari Pertama 1

Honda City model 2012 ni merupakan stok terakhir yang ada pada dealer Honda dan kami bernasib baik kerana masih ada 1 unit warna putih untuk kami.. Kilang Honda dah stop keluarkan model 2012 ni kerana pertengahan Mac 2014 model baru generasi ke empat Honda City bakal dilancarkan..

Selamat datang ke keluarga baru kami.. no. pendaftaran 2480 menjadi pilihan kami sekeluarga..

Honda City Hari Pertama 2Semasa kami datang menjemput cik city ni.. millage baru sahaja 19KM.. Terima kasih kepada   En. Din & Man dari Destiny Auto Sdn. Bhd kerana banyak membantu kami menguruskan pembelian kereta baru ni.. tanpa kalian mungkin kami tak berjaya mendapatkan stok terakhir ini.. 

Bagi sesiapa yang sukar mendapatkan pinjaman untuk membeli kereta baru atau terpakai boleh hubungi Destiny Auto di talian : 03-56500034 / 03-78590034 atau berkunjung terus ke alamat : Lot 3415, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

** Untuk pengetahuan anda semua En. Din Sangat Popular di stesen Radio24 (93.9) Setiap hari Jumaat 5.15 Petang..bagi menbincangkan selok belok pembelian dan penjualan kereta baru dan terpakai.