Thursday, 19 June 2014

Kos Service Honda City Untuk 10000KM

 

Sekejab betul dah sampai lagi 10000KM, mana tidaknya nak dikatakan setiap bulan balik kampung Utara & Selatan.. :-).. Belajar dari pengalaman yang lalu masa masa buat service kedua 5000km yang mana masa tu setuju bulat2 je apa yang perlu ditukar masa service tu..

Sekarang tidak lagi.. kali ni aku potong benda yang rasa taknak tambah masa buat service tu.. kira dapat jimatkan kos servise

kos service honda city 10k_1

Kalau ikutkan jadual service yang dibekalkan oleh website Honda, service untuk 10000km ni benda yang kena tukar hanya Engine oil + drain plug washer dengan Oil filter sahaja.. tapi masa dekat SC dia orang buat tambahan item dengan memasukkan Engine Cleaner.

Selepas membuat kajian dan pertanyaan dari rakan-rakan forum kelab Honda City ada yang mengatakan Engine Cleaner ni hanya option sahaja boleh ambil atau tidak.. so untuk kali ni aku cakap dengan staff di SC tu yang aku tak nak ambil Engine Cleaner ni. lagipun masa buat   service 5000km tu dah ambil engine cleaner tu..

Harga untuk engine cleaner ni after diskaun RM35.90.. kalau dah tolak item ni so dah jimat banyak juga duit.

kos service honda city 10k_2

Kos service untuk kali ni hanya perlu bayar RM101.45 sahaja.. aku sempat tanya staff SC tu.. kalau service akan datang 15000 harga berapa? dia orang cakap sama mcm 5000 dengan 10000 punya harga.. yang akan mahal nanti time service 20000km..

Kepada kekawan yang nak gi service kereta baru tu.. kalau nak jimat korang boleh tolak item yang difikirkan tak perlu.. Sekarang ni kalauboleh semua benda kena berjimat.. :-)

12 comments:

  1. maaf ye bertnya.sya pki city 2014.so kalo 1st serv utk 10000kn tu bpe ek kos dia n ape jek yg dia tkr..newbiz kubizzz

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hi boleh share kos maintenance service untuk 20,000km

    ReplyDelete
  4. Huwargggghhh RM100++ je awk pergi service untuk 10,000km. sy kena RM500+
    banyak betul staff SC tambah.. mentang2 la kite pompan senang la dowg nak bodek.. huhuhu... ahad ni service untul 20,000km pula.. ta tahu la berapa staff SC charge.. standby RM1000

    ReplyDelete
  5. Betul ke servis 80000 km dikira major servis...rm 800 lebih lak tu kena

    ReplyDelete
  6. Betul ke servis 80000 km dikira major servis...rm 800 lebih lak tu kena

    ReplyDelete
  7. APE2 PUN SEBELUM SERVIS ....PERGI WEB HONDA MALAYSIA...DOWNLOAD DULU JADUAL SERVIS DAN ANGGARAN HARGA. MAAF CAKAP KEBANYAKAN SC AMBIL KESEMPATAN. SBB DIA ORG ADE TARGET UTK SALE ....

    ReplyDelete
  8. Aper nak pelik nye servis smpai 4-5ratus tu.sy antar kereta honda tuk servis kali 3 tuk kereta baru jer dah 4 ratus lebih..

    ReplyDelete
  9. boleh x tlg listkn apa yg xptut utk servis 80K milage? sbb bru kol SC,diaorg ckp anggaran kos service 1K hmmmm.

    ReplyDelete
  10. Saya servis 10000 km kena rm498.91. Terkejut gak..sebab bawak duit rm 200 je...hi hi hi... sabo je laa..

    ReplyDelete