Assalamualaikum,
Pejam celik dah hampir 2 bulan kereta putih-putih melati ni ditangan dan sepanjang 2 bulan ni dah 2 kali berkunjung ke pusat service Honda. Kunjungan pertama bulan lepas sebab nak check untuk 1000km masa tu tiada sebarang kos dikenakan dan kebetulan labour pun aku dapat pakej free selama 5 tahun atau 100000km.. so sampai 100000km tu memang labour untuk kereta putih tu free.
Tapi untuk kunjungan kali kedua ni di pusat service yang sama iaitu G-Mart Autoworld Sdn. Bhd di Setapak kali ini dah kena bayaran untuk sparepart.. untuk kos service 5000km ni kos yang dikenakan adalah sebanyak RM137 sahaja.
Alhamdulillah tak sampai satu jam kereta di service dah siap.. layanan pun agak memuaskan dan ada perkhidmatan WiFi percuma, so pelanggan yang datang ni tak boringlah menungu.
Insyallah next service untuk 10,000km akan dihantar ke tempat yang sama lagi.
0 comments:
Post a Comment